Latar belakang Jabatan_Alam_Sekitar

Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada awalnya diwujudkan sebagai Bahagian Alam Sekitar di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar pada 15 April 1975. Bahagian Alam Sekitar kemudiannya ditempatkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar  pada Mac 1976. Berdasarkan kepada kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, tanggal 1 September 1983, Bahagian Alam Sekitar telah dinaikkan taraf ke sebuah Jabatan sepenuhnya dan dikenali  sebagai Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Pada Mac 2004 JAS dipindahkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Penubuhan Jabatan ini adalah berasaskan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang diwartakan pada Mac 1974 dan dikuatkuasakan pada 15 April 1975.